welcome

Thursday 28 July 2011

Infrastruktur



Bangunan surau, perpustakaan dan asrama putera


bangunan kelas


Bangunan kelas (2 tingkat) yang disumbangkan oleh pihak ETIQA pada tahun 2008.


asrama puteri


rumah guru

Thursday 21 July 2011

Peperiksaan utama yang diambil oleh pelajar:

* Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU), anjuran Yayasan Islam Kelantan (YIK) - Thanawi 2

* Penilaian Menengah Rendah (PMR) - Thanawi 3

* Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA), anjuran Jabatan Agama Islam Pulau Pinang - Thanawi 4

* Sijil Penilaian Menengah (SPM) - Thanawi 5

Akademik

Sistem pembelajaran di Madrasah Al-Aminiah terdiri daripada pelajaran agama dan akademik.
Kelas:

Kelas Agama Asas Jawi/ PASTI - 5 tahun dan 6 tahun
- sesi pembelajaran : Isnin hingga Jumaat, 3.00 ptg - 5.00 ptg

Ibtidaie 1 dan 2 / Darjah 1 dan 2
- sesi pembelajaran : Isnin hingga Jumaat, 2.00 ptg - 6.00 ptg

Ibtidaie 3, 4, 5 dan 6
- sesi pembelajaran : Isnin hingga Jumaat, 7.40 pg - 12.50 tghri

Thanawi 1 hingga 5 / Tingkatan 1 hingga 5
- sesi pembelajaran : Isnin hingga Jumaat, 7.40 pg - 2.00 ptg

Sejarah Sekolah

Diasaskan oleh allahyarham Tn. Hj Zabidi b. Hj Mohd. Ali pada tahun 1982.
Sebagai asas permulaan, beliau telah membuka kelas tadika untuk kanak-kanak berusia 6 tahun yang bertempat di Dewan Hj. Zabidi.

Pada Ogos 1990, allahyarham Hj. Zabidi telah kembali ke rahmatullah pada usia menjangkau 78 tahun. Namun, hasil usaha beliau tidak berhenti setakat itu sahaja. Setelah pemergian allahyarham, pentadbiran sekolah diteruskan oleh adik beliau sendiri iaitu Tn. Hj. Kassim.

Di bawah pentadbiran Tn. Hj. Kassim, pada tanggal 1 Oktober 1990, nama Madrasah Al-Aminiah diwujudkan dan didaftarkan sebagai sebuah sekolah agama rakyat.

Pengetua pertama yang dilantik untuk menerajui Madrasah Al-Aminiah dan sehingga sekarang ialah Tn. Hj. Azamuddin bin Alang Hamzah.

Pada tahun 1992, pembelajaran yang dijalankan di dalam dewan sebelum ini telah berpindah ke sebuah bangunan. sekolah yang lebih sempurna. Dari semasa ke semasa, bangunan-bangunan baru dibina bagi menampung keperluan pembelajaran dan bilangan pelajar yang semakin bertambah.
Sparkly Ice